Thursday, 26 January 2012

PELAJARAN TAUHID DARJAH 5

TAJUK 1 : PENGERTIAN BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR

ERTI QADA' DARI SEGI BAHASA ~ HUKUM , KETENTUAN , RESAM , KEPASTIAN DAN KETETAPAN SESUATU PERKARA ( KEPUTUSAN).




ERTI QADA' DARI SEGI SYARAK ~ PELAKSANAAN SESUATU PERKARA MENGIKUT KETENTUAN ALLAH YANG AZALI.













ERTI QADAR DARI SEGI BAHASA~ MENENTUKAN QADAR TERHADAP SESUATU PERKARA MENGIKUT QADAR YANG TERTENTU ( NASIB).

ERTI QADAR DARI SEGI SYARAK ~ KETENTUAN ALLAH YANG AZALI TERHADAP SEMUA MAKHLUK. CONTOHNYA AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN, REZEKI, HARTABENDA, KEMISKINAN, KEBAHAGIAAN DAN LAIN - LAIN.

HUKUM BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR ADALAH WAJIB.

DALIL BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :
' Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemertintahan dan Dialah yang menciptakan tiap - tiap sesuatu lalu menentukan keadaan itu dengan ketentuan takdir yang sempurna "

Apakah maksud beriman kepada qada' dan qadar?
- Mempercayai dan menyakini bahawa ALLAH mengetahui segala perkara yang akan berlaku keatassetiap makhluknya.

Akibat - akibat tidak beriman kepada qada' dan qadar
* Jauh daripada rahmat Allah
* Mudah berputus asa dan malas berusaha
* menjadi sombong dan angkuh
* Jiwa tidak tenteram

Hikmah beriman kepada qada' dan qadar
# Melatih diri untuk banyak bersyukur dan bersabar.
# menjauhkan diri dari bersifat sombong dan putus asa
# Memupuk sifat husnul zon
# Menenangkan jiwa

TAJUK 2 :HUBUNGAN QADA' DAN QADAR DENGAN DOA

PENGERTIAN DOA

DARI SEGI BAHASA : MEMINTA @ MENDAKWA

DARI SEGI ISTILAH : MEMOHON ATAU MEMINTA SESUATU YANG BANYAK DARIPADA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG DIPERBOLEHKAN DAN ADAB YANG BANYAK SESUAI DENGAN KETENTUAN SYARAK.

~ PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
* Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengAgongkan kekuasaan Allah.
* Dapat menyedari kelemahan diri sendiri.
* Meletakkan satu harapan kepada Allah dalam mencapai cita- cita.

FIRMAN ALLAH

Yang bermaksud : " Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku.Maka hendaklah mereka menyahut seruanku( dengan mematuhi perintahku ) , dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik dan betul".
- Surah Al- Baqarah , Ayat 182-

TAHUKAH ANDA ?
* Menurut pandangan ulama' ~ Dijamin doa orang yang menghadapi beban ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan*

ADAB - ADAB BERDOA
  • Pada waktu yang baik dan mulia contohnya hari Arafah, Bulan Ramadhan, Hari Jumaat, waktu sahur , sepertiga malam.
  • Dalam keadaan yang mulia seperti ketika bersujud dalam solat. ketika berhadapan dengan musuh dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika sebelum dan sesudah sembahyang, ketika jiwa sedang bersih dari segala gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  • Hendaklah mengadap kiblat.
  • Merendahkan suara .
  • Jangan bersajak yakni tanpa mempergunakan kata bersajak dalam doa itu.Cukup sekadar menggunakan kata- kata biasa yang sederhana,sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu.
  • Khusyuk dan tawaduk
  • Mengukuhkan kepercayaan bahawabahawa doa itu akan diperkenankan Allah.
  • Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali.
  • Menbut dan memuji-muji Allah pada permulaannya.
  • Bertaubat sebelum berdoa.
 ~ Waktu mustajab berdoa
  1. Pada waktu malam - ia adalah waktu yang paling baik untuk beribadat kerana waktu itu sangat sunyi.Waktunya ialah :
         - Tengah malam iaitu apabila sudah lebih separuh malam.
         - Pada waktu bahagian kedua daripada sepertiga malam.
         - Pada waktu sepertiga malam.
         - Waktu sahur. 
    2. Pada waktu pagi ketika matahari sedang naik atau pada waktu dhuha.
    3. Pada waktu asar selepas mengerjakan solat fardhu asar. 
    4. Pada hari jumaat kerana ia merupakan hari yang paling baik antara antara hari dalam 
        seminggu ( hari Allah dengan mudah memakbulkan doa ).
    5. Pada bulan Ramadhan kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kemuliaan.
    6. Pada malam nisfu syaaban ( 15 haribulan syaaban ) kerana pada malam tersebut Allah 
        menukar buku catatan amalan hambaNya.
    7. Pada malam dua hari raya iaitu raya aidilfitri dan aidiladha.
    8. Pada malam pertama bulan rejab kerana malam tersebut sangat mustajab berdoa.
    9. Ketika mengerjakan solat selepas dan selepasnya, dalam mengerjakan solat terdapat 
        banyak lafaz.
   10. Doa selepas membaca Al-Quran terutamaselepas khatam Quran.
   11. Pada majlis zikir dan tahlil kerana pada waktu itu penuh dengan rahmat.


10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN :

" Suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Abu Ishak ) berjalan dipasar Bashrah lalu,dia dikelilingioleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: " Ya Abu Ishak, Allah berfirman bermaksud : Mintalah olehmu sekelian kepadaKu nescaya Aku kabulkan." Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan! Ibrahim Bin Adham menjawab : Bagaimanakah Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara :

  1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan hakNya.
  2. Kamu telah membaca Al - Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutan.
  3. Kamu telah mengetahui Syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujuKi seruannya.
  4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad SAW tetapi tidak mengerjakan sunnah baginda.
  5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa - apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan diri kedalamnya.
  7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap sedia menghadapinya.
  8. Kamu sibuk meneliti aib dan keburukan teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Allah tetapi kamu tidak pernah mensyukurinya.
  10. Kamu telah menguburkan mayat - mayat sahabatmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.